Search This Blog

Labels

Aaron Aziz (1) AC Mizal (1) Adam (1) Adele (1) AF (4) AF9 (5) Aida Khalida (1) Akademi Fantasia (1) Album (1) Amalina (1) Ameng (1) American Idol (1) Amy Search (1) Amy Winehouse (1) Ana Raffali (2) Anang (2) Anita Sarawak (1) Ariel Peterpan (2) Arnold Schwarzengger (1) Astro (2) Awie (1) Ayu Raudhah (3) Ayu Rhaudhah (1) Aznil (1) Azri (2) Britney Spears (1) Cheese Cake (1) Chris Brown (1) Dadah (1) eBay (1) Elly Mazlein (1) Faradhiya (1) Farid Kamil (1) Filem (2) Fina (1) Gosip (4) Haiza (1) Haq (2) Hazama (1) Hos (1) Hot FM (1) Internet (1) Irma Hasmie (3) Jailani Sidek (1) Jamal Abdillah (1) Jasmin Hamid (1) Jennifer Lopez (1) Juliana Evans (1) Justin Bieber (1) Jzelynn (1) Kahwin (1) Kamal Adli (1) Karak (1) Karyawan (1) Kate Middleton (1) Konsert (1) Krisdayanti (1) Kristen Steward (1) KRU (1) Lady Gaga (1) Lagu (1) Lat Kampung Boy (1) Lena (1) Lirik (1) Luar Negara (12) Mari Menari (1) Mary J Blige (1) Maya Karin (2) Nabil Raja Lawak (3) Nana (1) Neelofa (1) Nera (2) New Album (1) Pemenang (1) Promosi (1) Putera Harry (1) Qasha (2) Radio (1) Raja Azmi (1) Raja Lawak (1) Raul Lamos (1) Remy Ishak (2) Resepi (1) Rihanna (1) Robert Pattinson (1) Rossa (1) Ryan Seacrest (1) Saerah (1) Saida (1) Sarimah (1) Scha (1) Scha Al-Yahya (1) Seberang (3) SecretRecipe (1) Shahir (1) Shaolin (1) Syafiq Yusof (1) Syamsul Yusof (1) Teater (2) Tempatan (57) Trailer (7) TV3 (1) TV9 (1) Usop Wilcha (1) Video Klip (1) Wardina (1) Wayang (9) Yuna (1) Zamani (1) Zaquan Adha (4) Ziana Zain (3) Zizan (1) Zizan Nin (2)

Mari Menari konsep baru


BARISAN peserta yang menyertai pertandingan Mari Menari musim kedua.

PROGRAM Mari Menari musim kedua bakal bersiaran pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 dan 19 Jun ini pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).

Seramai sepuluh pasangan akan bersaing untuk merebut gelaran juara seperti yang diraih oleh pasangan suami isteri, Raziff Abd. Rahman dan Alia Nadira Ahmad Zubir pada musim pertama dulu.

Pada musim kedua, peserta merangkumi pasangan suami isteri, ibu dan anak, bapa dan anak serta pasangan adik beradik.

Untuk pertama kali, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan yang diterajui oleh dua jurureka tari profesional, Ray Redzuan Awang (Ray) dan Mohd. Zulfarqar Awaluddin (Belalang) yang turut memikul tanggungjawab sebagai Kapten Jurureka Tari.

Lima pasangan diletakkan dibawah pengawasan Ray iaitu pasangan suami isteri, Mohd. Faizule Abdullah, 23, dan Tengku Puteri Norazilina Tengku Aman Shah, 22, Mohd. Hedzer Nadzar, 29, dan Siti Akmal Azlin Bakar, 22, pasangan adik beradik, Mohd. Hairul Izuan Dahalan, 25 bersama kakaknya, Siti Ummi Nur Faitul Zilla, 27, dan Sarah Diana Michele Durai, 32, dengan adiknya, Shazrul Hudson Ashley Durai, 18.

Pasangan lain yang turut berada di bawah pengawasan Ray adalah Bibi Nek Mohamad, 44, bersama anaknya, Azee Zailani, 21.

Manakala lima lagi pasangan di bawah pemantauan Belalang adalah Mohd. Razman Ghazali, 28, dan isteri, Helta Surya

Putri Pertama Herman, 24, serta pasangan suami isteri Wan Mohd. Faidz Wan Husain, 24, dan Noor Asmah Zainal, 31.

Sementara itu, pasangan adik beradik yang ditempatkan dalam kumpulan Belalang adalah Norny Yusnita Jening, 22, dan adiknya, Umar Ali

Jening, 20, bersama Mohammat Arziwan Amat, 25, dan Azirah Nabinah Amat, 18.

Pasangan anak beranak dalam kumpulan Belalang adalah Ahmad Tamizi Nordin, 45, bersama anak gadisnya, Amanina Maisarah, 18.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, pasangan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memudahkan Kapten Jurureka Tari dan jurureka tari masing-masing membimbing para peserta.

"Setiap pasangan diberi jurureka tari masing-masing bagi melatih mereka untuk menghadapi cabaran persembahan mingguan mengikut tema.

"Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50 peratus daripada juri dan 50 peratus lagi berdasarkan undian penonton," katanya.

Selain itu, kata Azlin, setiap minggu tiga orang juri profesional, Joseph Gonzalez, Harith Iskander dan Vanidah Imran akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.

"Untuk musim ini, di akhir program akan ada peserta yang tersingkir, iaitu pada Sabtu dan Ahad. Peserta terbaik dari kumpulan Ray dan Belalang bakal bersaing di peringkat akhir.

"Kita tidak tahu berapa pasangan yang layak ke peringkat akhir. Kami terpaksa buat begini kerana mengejar waktu agar ia selesai sebelum Ramadan," katanya tentang program yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Lisa Surihani.

Dalam pada itu, Ray dan Belalang berkata, mereka tetap mengambil kira sensitiviti penonton dan akan mengelak daripada menampilkan gerak tari erotik.

Kata Ray, jika ada gerak tari yang tampak erotik terutamanya dalam tarian salsa, beliau akan menasihatkan juru tarinya melakukan gerak tari lain.

"Budaya kita tidak sama dengan orang Mexico yang menari salsa penuh perasaan. Walaupun pasangan yang sertai muhrim tapi kami tetap mengelak daripada geri tari yang boleh mencetuskan kontroversi, terutamanya untuk pasangan ibu dan anak lelaki atau bapa dengan anak gadis.

"Segala gerak tari dicipta sesuai dengan budaya kita. Apa yang penting adalah keserasian mereka ketika menari," katanya.
9:38 PM | 0 comments | Read More

Juarai AF9 selepas gagal AF4


PARA pemenang AF9 dari kiri Fina, Lena, Hazama dan Azri bersama trofi dan replika cek yang mereka terima selepas Konsert Akhir AF9 di Dataran Putrajaya baru-baru ini.

SEKALI gagal bukan bererti gagal selamanya. Itu mungkin ungkapan yang dipegang oleh juara pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama.

Meskipun pernah gagal dalam Konsert Prelude AF4 lima tahun lalu, tetapi Hazama atau Hazama Ahmad Azmi tidak pernah putus asa. Sebaliknya, dia bangkit dan menyertai sekali lagi program realiti terbitan Astro Ria tersebut.

Menurut Hazama, kegagalannya meneruskan saingan pada AF4 telah membakar semangat untuk terus berusaha sebelum muncul juara AF9 yang merupakan musim terakhir.

"Semasa masuk AF4 dulu ia sebagai titik permulaan untuk saya terbabit dalam industri ini (nyanyian). Sayangnya saya gagal dan selepas itu selama lima tahun nama saya cuma suam-suam kuku sahaja. Kemasukan saya dalam AF9 adalah peluang kedua saya.

"Saya tidak nafikan AF4 sebagai punca yang membakar semangat saya untuk berusaha lebih kuat dalam bidang seni," katanya sewaktu sidang akhbar selepas diumumkan juara AF9 di Dataran Putrajaya baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, juara terakhir AF berusia 27 tahun itu menggondol hadiah wang tunai RM200,000, hamper dan wang tunai berjumlah RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 dan trofi sumbangan Astro.

Kemenangan Hazama itu memang sudah dijangkakan banyak pihak termasuk para peminat dan media massa berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang seringkali memihak kepadanya.

Pada konsert akhir AF9 yang ditonton lebih 5,000 orang itu, Hazama menerima 45 peratus undian SMS, diikuti Lena yang muncul naib juara dengan 28 peratus, Fina (15 peratus) dan Azri (12 peratus).

Jelas Hazama yang menyanyikan lagu Pukau (Tomok) dan Cinta Teragung (Kuncidemak) pada konsert itu, dia tidak menafikan pengalamannya menyanyi selama lima tahun selepas gagal dalam AF4 banyak membantu kemenangannya itu.

"Itu salah satu kelebihan saya kerana daripada situlah saya dapat sedikit pengalaman menyanyi. Pada masa sama, para peserta AF9 yang lain mempunyai keyakinan juga. Bagaimanapun, saya anggap pentas AF9 berbeza dengan pentas-pentas lain yang pernah saya sertai.

"Di tempat lain tidak ada orang yang mengkritik ataupun memberi garis panduan kepada saya. Malah, selepas menyertai AF9 saya dapati saya mempunyai banyak kekurangan dan daripada situ jugalah saya belajar," ujarnya.

Sementara itu, sewaktu ditanya tentang hadiah wang tunai RM200,000 yang diterimanya, peserta berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, dia akan menggunakannya ke arah yang boleh memberi manfaat kepada masa depannya.

"Ini kali pertama saya pegang duit yang banyak. Saya akan gunakan duit kemenangan ini ke arah kebaikan. Saya hendak beli jam tangan yang baru. Selain itu, saya juga akan simpan duit ini untuk masa depan saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Lenaber Haidir atau Lena, 22, yang muncul naib juara menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai RM2,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.

Fina atau nama sebenarnya Nor Syafinaz Jebat, 18, yang merupakan pemenang tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai RM1,000 sumbangan Power Root dan sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.

Sementara pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam itu Azri atau Mohamad Azri Abdullah, 23, pula meraih hadiah berupa wang tunai RM5,000, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.

Pengetua AF9, Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman yang ditemui selepas konsert itu puas hati kerana pembelajaran di akademi itu berjalan dengan lancar sepanjang tiga bulan yang lalu.

Pada masa sama, vokalis kumpulan rock Search itu tidak lokek berkongsi pengalaman sambil menasihatkan para graduan AF9 sebelum mereka melangkah ke dunia hiburan yang glamor selepas ini nanti.

"Selama tiga bulan di AF9 mulanya saya rasa lama tetapi masa berlalu begitu cepat. Pengalaman saya di AF9 cukup indah di mana saya mendidik para pelajar di akademi ini seperti anak sendiri. Pesan saya kepada mereka semua agar jangan lupa diri. Jadilah anak seni yang jujur, kalau tidak anda tidak akan ke mana," tuturnya.
9:37 PM | 0 comments | Read More

Yuna Teruja Dilantik Duta Canon


Yuna memegang kamera digital terbaru Canon 1100D berwarna merah yang direka khusus untuk wanita.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penulis lagu Yunalis Zarai (Yuna) menyifatkan pelantikannya sebagai duta produk Canon akan lebih menyuntik semangatnya terhadap bidang fotografi.

Kata Yuna, sebelum pelantikan tersebut pun dia sememangnya menggunakan kamera digital Canon sejak usia remaja lagi untuk merakamkan gambar-gambar menarik di dalam kehidupannya.

"Saya sangat teruja dengan pelantikan sebagai duta produk Canon. Sebelum ini, sejak di bangku sekolah dan universiti saya memang merupakan pengguna jenama tersebut terutamanya kamera digital.

"Ciri-ciri kamera digitalnya yang mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan itu adalah faktor utama saya setia dengan Canon sejak dulu

"Tak sangka pula daripada pengguna setia, kini saya dilantik sebagai duta produk pula," katanya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Canon di Malaysia.

Bercerita lanjut, Yuna berkata, pemilihan itu berlaku atas dasar persefahaman yang terjalin di antara pihaknya dan pengeluar produk kamera berkenaan.

"Semuanya bermula pada awal tahun ini apabila Canon menjadi salah satu penaja utama untuk program kembara saya iaitu Yuna Inspired.

"Pihak Canon memberikan sebuah kamera 5D Mark II untuk tujuan merakamkan gambar-gambar dan aktiviti saya sepanjang kembara ke Amerika Syarikat.


Yuna dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Canon Marketing Malaysia, Melvyn Ho pada majlis pelantikannya sebagai duta Canon di Hotel Istana, Kuala Lumpur, Khamis.


"Saya bukan saja merakamkan gambar malah turut membuat rakaman video pengembaraan dengan kamera itu. Mungkin daripada situlah, mereka berminat untuk melantik saya sebagai duta bermula awal bulan ini," katanya yang dilantik sebagai duta untuk tempoh setahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Canon Marketing Malaysia, Melvyn Ho berkata, pelantikan Yuna sebagai duta produk adalah seiring dengan prinsip Canon yang menekankan aspek kualiti dan inovasi dalam teknologi produk tersebut.

"Kami berbangga dengan pemilihan Yuna sebagai duta Canon kerana dia adalah contoh terbaik bagi menggambarkan nilai jenama kami yang inovasi, kreatif, berkualiti dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk para pengguna.

"Jalinan ini adalah gabungan yang ideal kerana Yuna kreatif dalam muzik manakala Canon pula menekankan aspek inovatif dalam teknologi produk-produk yang kami hasilkan," katanya.

Selain mempromosikan produk keluaran terbaru jenama itu, Yuna juga bakal menghasilkan sebuah lagu tema untuk Canon tidak lama lagi.

Untuk perkembangan terkini tentang Yuna dan Canon, layari laman sosial http://facebook.com/canoncameramsia.
9:33 PM | 0 comments | Read More

Anang Sedih Terpaksa Jual Rumah


KOMPOSER Anang Hermansyah sedih apabila rumah yang pernah dia tinggal bersama bekas isterinya Krisdayanti telah pun dijual.

"Sudah tentu dia sedih, rumah itu banyak menyimpan kenangan mereka berdua ketika menjadi suami isteri.

"Dia pernah menukar fikiran untuk tidak menjualnya tetapi keputusan diambil apabila kedua-dua mereka telah bersetuju untuk menjual harta tersebut," kata pengurus Anang, Yuni seperti dipetik Inilah.com.

Anang dan Krisdayanti memutuskan untuk membahagikan hasil penjualan rumah dan harta sepencarian mereka selepas bercerai pada Ogos 2009 lalu.

Bagaimanapun, Yuni tidak memberitahu harga sebenar rumah tersebut.

"Tentang harga, hanya Anang sahaja yang tahu kerana segala urusan penjualan dibuat oleh dia," katanya.
9:32 PM | 0 comments | Read More

Sarimah Ahmad Azam Pulih Maruah Karyawan



Sarimah Ahmad ketika berucap di majlis pelantikannya sebagai Pengerusi Kehormat Karyawan.

PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Sarimah Ahmad berjanji untuk memulihkan semula maruah Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) setelah beliau dilantik sebagai Pengerusi Kehormat persatuan itu.

Selain itu, dia turut mempunyai misi untuk membela nasib 27 artis veteran yang menyertai Karyawan memandangkan mereka tidak lagi menerima wang skim pencen sebanyak RM500 setiap bulan akibat kekangan kewangan persatuan itu.

“Saya bersyukur kepada Allah dengan pelantikan ini. Saya mahu membela nasib artis veteran yang sudah tujuh bulan tidak mendapat apa-apa bantuan.

“Seperti yang kita tahu sebelum ini Karyawan dilanda kekecohan. Jadi, saya akan perjuangkan semula misi Karyawan ini dan cuba melakukan perubahan,” katanya kepada mStar Online.

Biarpun begitu, Sarimah menganggap kerja yang dilakukan selepas ini lebih bersifat berkumpulan dan dia akan cuba menyumbangkan dari segi idea dan nasihat kepada setiap ahli.

Selepas ini, mereka merancang untuk melakukan sebuah pementasan The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 26 Jun depani di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur untuk mengumpul dana skim berkenan.

Skim Pencen mula ditubuhkan Karyawan enam tahun dahulu untuk ahli-ahlinya yang terdiri daripada artis-artis veteran yang kurang berkemampuan.

Bagaimanapun, apabila persengketaan mula timbul di antara Karyawan dan Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), tentang isu penyelewengan wang royalti artis yang telah disalahgunakan, skim tersebut gagal dilaksanakan kerana tiada projek yang diperoleh persatuan itu.
9:31 PM | 0 comments | Read More

'Usop Wilca' Jadi Deejay Mahu Rapat Dengan Peminat


Usop Wilcha

PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengakui menerima tawaran sebagai penyampai stesen radio Hot FM adalah untuk merapatkan hubungannya dengan peminat.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata ini merupakan strategi untuk menjaga nilai eksklusif watak tersebut di samping mengekalkan kehangatan fenomena Usop Wilcha.

"Saya sentiasa berfikir bagaimana untuk mendekati dan terus berhubung dengan peminat Usop Wilcha. Jika hanya pada filem atau drama sudah tentu mengambil tempoh yang agak lama untuk keluar.

"Lagi pula saya ingin menjaga nilai eksklusif jenama Usop Wilcha itu sendiri dengan hanya tampil dalam filem-filem tertentu sahaja untuk membawa watak tersebut.

"Tawaran yang datang ini memang sesuatu yang sangat tepat pada masanya kerana saya boleh berinteraksi dengan peminat-peminat saya setiap hari," katanya pada sidang media pengumuman penyampai baru Hot FM di sini, Khamis.

Bermula Khamis, segmen pagi AM Krew yang ke udara bermula pukul 6 pagi sehingga pukul 11 pagi akan disertai oleh Usof Wilcha bergandingan dengan tiga deejay sedia ada iaitu Farah Fauzana, Faizal Ismail dan AG.

Sementara itu, Shy8 mengakui agak gementar pertama kali mengendalikan segmen pagi tersebut dan berhadapan dengan tiga deejay yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.

"Hari pertama memberi pengalaman yang sangat baru, maklumlah saya tiada sebarang pengalaman sebagai deejay sebelum ini.

"Tapi Alhamdulillahlah mereka banyak membantu saya ketika ke udara. Saya yakin dapat mencari keserasian dalam masa terdekat ini," ujarnya.


Barisan deejay AM Krew bersama Shy8

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata pemilihan Shy8 sebagai barisan baru stesen radio tersebut adalah bagi mengukuhkan lagi barisan penyampai sedia ada.

"Kami melihat Shy8 mempunyai kelebihan dan karakter tersendiri, malah dia mempunyai peminat yang ramai dari golongan kanak-kanak hingga golongan berusia.

"Ketika pertama kali menjemput dia sebagai tetamu undangan Hot FM bulan lalu, kami nampak keserasian antara mereka," jelasnya.

Katanya, setiap stesen radio mempunyai strategi tersendiri bagi menarik pendengar, begitu juga Hot FM.

Malah percubaan Hot FM sebagai stesen radio pertama menampilkan empat deejay pada segmen pagi merupakan sesuatu yang dianggap berani.

"Saya sangat yakin gandingan ini bakal memantapkan lagi AM Krew, saya tidak rasa ia terlalu ramai kerana di luar negara sudah banyak radio yang menampilkan empat deejay dalam sesebuah segmen.

"Kita tengok dahulu bagaimana reaksi pendengar dan jika ramai yang tidak bersetuju kami mungkin akan membuat rombakan semula," katanya.


Seelan Paul dan Farah Fauzana

Ketika diminta mengulas tentang maklum balas negatif pendengar terhadap kemunculan pertama Usop Wilcha, kononnya tidak memberi sebarang impak terhadap segmen tersebut, Seelan berkata setiap perubahan perlu mengambil sedikit masa.

"Ini baru hari pertama sudah tentu semuanya masih baru, tapi saya sangat yakin pendengar akan menerima dan menyukainya sedikit masa lagi," tuturnya.

Dalam pada itu, Seelan juga memberitahu bekas penyampai XFM, Nana Mahzan bakal menyertai stesen tersebut pada Julai depan.

"Nana akan menyertai kami pada bulan depan namun dia hanya ke udara pada hari minggu sahaja. Kami faham situasi dia untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan perniagaannya," katan Seelan.
9:10 PM | 0 comments | Read More

Gaun 'Daging Merah' Lady Gaga Dipamerkan


LOS ANGELES: Gaun "daging merah", Lady Gaga dipamerkan buat pertama kalinya di pemeran Women Who Rock : Vision, Passion, Power mulai Khamis ini.

Seperti dipetik femalefirst, Gaga memamerkan gaun "daging merah" yang digayakan pada MTV Video Music Awards September lalu di Muzium Rock Roll dan Hall of Fame , Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat.

Busana yang direka oleh pereka fesyen Franc Fernandez dan Nichola Formichetti dengan jahitan tangan itu akan dipamerkan bersama lebih 70 karya artis lain.
9:08 PM | 0 comments | Read More

30 Pemenang Kuiz 'Agro-Xplorasi' Terima Hadiah


Para pemenang kuiz Agro-Xplorasi TV3 menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Datuk Seri Noh Omar di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selasa. - Foto LAY PHON

PETALING JAYA: Tiga puluh pemenang Kuiz Agro-Xplorasi menerima hadiah masing-masing yang diadakan di Sri Pentas di sini, Selasa.

Hadiah dari tempat pertama hingga ke tiga itu diberikan kepada pemenang yang terpilih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sepanjang kuiz tersebut berlangsung.

Pemenang menerima hadiah berupa TV LCD Panasonic VIERA 42 inci (tempat pertama), iPad Wi Fi 16G (tempat kedua) dan telefon bimbit Nokia X6 (tempat ketiga).

Program 10 episod hasil kolaborasi TV3 bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mula bersiaran pada 26 Februari itu telah melabuhkan tirainya pada 30 April lalu.

Seramai tiga pemenang telah dipilih dalam setiap episod rancangan itu disiarkan.

Selain daripada kuiz, program yang dihoskan oleh Nazruddin Habibur Rahman (Naz), Annahita Bakavoli (Anna) dan Danny itu turut memaparkan dokumentari pertanian.

Hadiah tersebut disanpaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.

Menurut Noh, beliau bercadang untuk melihat itu diteruskan pada musim kedua setelah mendapat maklum balas positif daripada penonton.

“Setelah melihat kejayaan program ini, kementerian bercadang untuk meneruskannya bagi menambah minat orang muda. Lagipun, ramai pemenang yang terdiri daripada kalangan golongan muda.

“Mereka bukan sahaja berminat dengan program tersebut tetapi secara tak langsung telah terlibat dengan sektor pertanian ini,” katanya.

Program berkonsepkan majalah dokumentari ini disiarkan untuk mempertingkatkan kesedaran dan kepentingan industri pertanian.

Selain menekankan aspek kemajuan dan perkembangan industri tempatan, kisah menarik sepuluh usahawan Malaysia yang telah berjaya menempa nama menerusi bidang dan peniagaan yang diceburi turut dipertontonkan.

Sementara itu, salah seorang pemenang iaitu Sarawirda Sarip, 34, yang memenangi tempat pertama pada episod kesembilan berkata program tersebut banyak memberikan ilham dan tip untuk dia memulakan perniagaan dalam bidang penternakan.

“Saya berminat untuk melakukan perniagaan penternakan kambing di Jelapang, Ipoh. Sekarang saya masih bekerja di sebuah syarikat swasta dan sedang merancang perniagaan tersebut pada masa akan datang.

“Saya dan suami telah meninjau tanah di Jelapang,” katanya yang berasal dari Melaka dan menetap di Kuala Lumpur.
3:48 AM | 0 comments | Read More

Anak Rossa Minat Justin Bieber


JAKARTA: Penyanyi Rossa, 31, memberitahu anaknya Rizky Langit Ramadhan yang baru berusia empat tahun sudah mula menunjukkan minat terhadap nyanyian.

Kata Rossa, Rizky tidak menyanyikan lagu-lagunya tetapi lebih meminati penyanyi lagu Baby, Justin Bieber.

Tambahnya, bukan hanya menyanyikan lagu-lagu Bieber, malah turut meniru imej dan pakaian penyanyi pop yang berasal dari Kanada itu.

"Ketika konsert Justin Bieber baru-baru ini, Rizky pergi menonton bersama pengasuhnya kerana saya ada undangan persembahan.

"Dia sangat gembira dan bercerita tentang konsert tersebut kepada saya," katanya.
3:47 AM | 0 comments | Read More

AC Mizal Cari Model Produk Kurus


PETALING JAYA: Pengacara AC Mizal (gambar) mencari model lelaki atau wanita daripada kalangan orang biasa untuk produk kurus yang akan dipasarkan pada Jun ini.

Dia membuka peluang tersebut kepada sesiapa sahaja yang berminat dan akan memilih lima orang yang layak untuk bergelar model kepada produk berupa minuman dan suplemen mengurangkan berat badan itu.

“Saya telah mengiklankan pencarian ini di laman sosial Facebook dan meminta mereka yang berminat supaya menghantar biodata diri.

“Kebanyakan maklum balas bukan sahaja datang dari negara ini malah ada juga dari Singapura dan Brunei,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya yang mengendalikan perniagaan ini di bawah syarikatnya, AC Living Large: “Saya telah melantik pakar kesihatan untuk menemubual para peserta untuk mengetahui tentang berat badan, ketinggian dan cara kehidupan mereka.

“Selepas itu, saya akan memberi mereka yang terpilih untuk mencuba produk tersebut dan melihat hasilnya. Setakat ini, isteri saya juga sedang mencuba produk tersebut.”

Dalam perkembangan lain, pengacara Maharaja Lawak di Astro Warna ini juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk berlakon dua buah filem.
3:46 AM | 0 comments | Read More

Haiza Hargai Jadi Penyanyi Walaupun Gagal Dapat Anugerah


PETALING JAYA: Penyanyi Haiza mengakui pengalaman 16 tahun sebagai artis merupakan pencapaian paling bernilai buat dirinya biarpun tidak pernah memenangi sebarang anugerah dalam industri seni.

Katanya, pengalaman tersebut telah mematangkan dirinya untuk terus bertahan dalam bidang ini sehingga sekarang.

"Saya mengaku tidak pernah menerima sebarang anugerah dalam dunia hiburan tetapi bagi saya pengalaman selama 16 tahun itu adalah anugerah paling bernilai buat diri saya.

"Bukan senang untuk berada dalam industri ini dan diterima peminat, malah saya bersyukur rezeki saya masih ada biarpun kurang publisiti daripada pihak media," katanya.


Haiza menyambut ulang tahun ke 16 penglibatannya sebagai penyanyi dan memperkenalkan single terbarunya berjudul Marilah Padaku di Hotel UiTM, Shah Alam, dekat sini pada Sabtu lalu.

Majlis yang dihadiri lebih 200 tetamu itu dianjurkan bertujuan menghargai peminat, rakan media dan rakan artis yang banyak membantu kerjayanya selama ini.

Selain itu, Haiza turut mengakui banyak halangan dan dugaan yang ditempuhi sejak melangkah kaki ke bidang seni.

"Sejak tahun 1995 saya masuk ke bidang nyanyian ini saya sudah lalui macam-macam dugaan tapi saya percaya setiap dugaan itu adalah pelajaran yang mematangkan.

"Bagi saya apa yang penting ialah keikhlasan kita menyanyi bukan kerana bayaran semata-mata tetapi kerana minat," katanya.

Bercerita tentang single terbarunya, Haiza memberitahu dia mahu mencuba genre Pop Urban yang berbeza dari biasa dibawa selama ini iaitu Dangdut.

"Saya mahu cuba sesuatu yang baru, kalau pelakon boleh memainkan berbagai watak dan karakter, begitu juga penyanyi.

"Tidak salah rasanya saya bawa lagu genre lain dari dangdut sebab di setiap persembahan saya sering bawakan lagu berbagai genre," katanya.
3:44 AM | 0 comments | Read More

Irma Hasmie Hasilkan Jubah


PETALING JAYA: Pelakon Irma Hasmie bakal melancarkan busana jubah hasil kolaborasinya dengan pereka fesyen Ezuwan Ismail sempena sambutan Ramadan dan Syawal akan datang.

Katanya, kolaborasi tersebut tercetus secara tidak langsung selepas dia pulang dari menunaikan umrah.

"Idea itu datang secara tidak langsung ketika saya duduk berborak bersama dengan Ezuwan dan dia juga menyambut baik cadangan itu.

"Niat saya adalah untuk membantu memudahkan pemakaian wanita Islam selain itu ia juga sesuai dengan trend semasa," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Koleksi jenama Irma Hasmie by Ezuwan Ismail itu bakal dikeluarkan pada bulan hadapan dengan sepuluh rekaan eksklusif dalam sepuluh warna.

Menurut Irma, rekaan busana tersebut juga hasil perbincangan dan persetujuan dia dan Ezuwan Ismail sendiri.

"Saya yakin dengan sentuhan Ezuwan dalam setiap baju rekaannya dan material yang digunakan. Dari segi harga sekitar RM599 sepasang.

"Bagi saya harga tersebut sangat rendah jika dibandingkan dengan harga busana yang dihasilkan seorang pereka fesyen profesional yang selalunya sekitar RM1000 ke atas," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang hubungannya dengan pereka fesyen tersebut yang dikatakan semakin intim, katanya, Ezuwan adalah kawan yang paling rapat dengan dia buat masa ini.

"Saya mengenali Ezuwan sejak dua tahun lalu dan kami memang sangat rapat. Dia tempat saya untuk meluahkan masalah dan berkongsi pendapat.

"Kami juga banyak persamaan dari segi bulan kelahiran dan asal keluarga di sebelah Kelantan, mungkin itu yang membuatkan saya selesa dengan dia," katanya.

Sementara itu, dari segi kerjaya, Irma memberitahu rezeki dalam bidang ini masih sama seperti dahulu biarpun sudah bertudung.

"Alhamdulillah, rezeki ketentuan Allah. Setakat ini tawaran berlakon masih seperti dahulu cuma watak saya lebih kepada wanita bertudung.

"Malah saya akan muncul untuk mengacarakan sebuah rancangan keislaman berjudul Assalamualaikum untuk TV Al-Hijrah," katanya.
3:43 AM | 0 comments | Read More

Adik Syamsul Yusof Arah Filem Cinta


PETALING JAYA: Adik kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Syafiq,18, (gambar) bakal mengarah filem cereka pertamanya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Filem tersebut dilakonkan oleh Syamsul, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jasmin dan Neelofa.

Menurut bapanya yang juga penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, 57, Syafiq merupakan pelajar Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dan pernah menghasilkan filem pendek dan mendalami teknik imej janaan berkomputer (CGI).

“Saya gemarkan elemen cinta dalam sebuah cerita tetapi Syamsul selalu menolak genre percintaan dan romantik sebaliknya lebih selesa dengan genre aksi.

“Jadi, saya memberi peluang kepada Syafiq untuk mengarah filem pertama bercorak romantik komedi iaitu SAM yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi,” katanya,

Sebelum ini, Syafiq juga pernah diberi peluang mengarah drama Gerak Khas yang disiarkan di RTM.

Selain itu, Yusof yang telah bergelar penerbit filem sejak 20 tahun lalu juga bakal menerbitkan filem terbaru arahan Syamsul iaitu Aku Bukan Tomboi dan Jalan Kembali… Bohsia.

Riak wajahnya juga menunjukkan dia berbangga dan rasa bertuah kerana mempunyai anak seperti Syamsul dan Syafiq yang kini mengikut jejaknya untuk aktif dalam bidang perfileman.
3:41 AM | 0 comments | Read More

Scha Al-Yahya Mahu Segera Kahwin


Scha berharap dapat menamatkan zaman bujang secepat mungkin. - Foto SAM THAM

KUALA LUMPUR: Pelakon Scha Al-Yahya, 28, menjelaskan kalau ikutkan hati dia dan pengacara Awal Ashaari mahu bernikah secepat mungkin kerana bimbang pelbagai ujian dan risiko yang bakal ditempuh sekiranya hasrat itu tidak ditunaikan segera.

Namun begitu kesibukan mereka membuatkan keinginan berkenaan tidak dapat dilaksanakan selain kedua belah pihak pula masih berbincang tentang perkara itu.

"Memang kami mahu berkahwin, kalau boleh secepat mungkin. Bagi saya, perkara yang baik tidak perlu ditangguhkan. Saya bimbang juga kalau lebih lama berkawan, lebih banyak risikonya.

"Malangnya kesibukan kami menjadi penghalang. Terus-terang, kedua belah keluarga masih belum berbincang dan kami sedang mencari masa yang sesuai. Paling awal pun mungkin tahun depan," katanya yang ditemui pada sidang media drama Dunia Kita, baru-baru ini.

Ditanya adakah dia berasa rimas dengan pertanyaan yang berterusan tentang perancangan perkahwinannya dengan hos dan aktor itu, beritahu Scha, dia sangat memahami dan menghormati tugas media yang sentiasa ingin mendapatkan perkembangan semasa seseorang artis.

"Saya akui tidak berasa rimas biarpun soalan tentang perancangan perkahwinan saya dan Awal ditanya oleh media tanpa henti.

"Bukanlah bermakna saya ingin menghebohkan cerita hubungan kami tapi jika ada yang bertanya saya tidak keberatan untuk berkongsi cerita," katanya.


Mengulas pula tentang pembabitannya dalam drama bersiri terbaru Dunia Kita Carefree, Scha mengakui kepuasan yang berbeza dirasainya berlakon dalam drama itu.

"Kali ini, saya berpeluang untuk mempamerkan lakonan yang segar dan berbeza. Sebelum ini orang selalu menonton lakonan saya yang kasar dan kelakian saja.

"Dalam drama ini saya menjadi pelajar jurusan fesyen yang obses pada fesyen, manja dan agak gedik bernama Rania.

"Saya berterima kasih kepada pengarahnya Michael Ang kerana berani untuk menonjolkan karakter yang berlainan dalam diri saya," katanya.

Selain Scha, drama sebanyak lapan episod itu turut dibintangi oleh Marsha Londoh, Awal Ashaari, Saiful Nizen, Datuk Jalaludin Hassan, Sharifah Shahora dan pemenang peraduan gadis Carefree, Nur Amalina.

Drama komedi remaja ini akan mula bersiaran pada 27 Mei ini, setiap Jumaat pukul 7.30 malam selama setengah jam di Astro Ria (saluran 104).
3:39 AM | 0 comments | Read More

Nera AF9 Berbikini



Gambar Nera AF9 Berbikini
3:34 AM | 0 comments | Read More