AC Mizal Cari Model Produk Kurus


PETALING JAYA: Pengacara AC Mizal (gambar) mencari model lelaki atau wanita daripada kalangan orang biasa untuk produk kurus yang akan dipasarkan pada Jun ini.

Dia membuka peluang tersebut kepada sesiapa sahaja yang berminat dan akan memilih lima orang yang layak untuk bergelar model kepada produk berupa minuman dan suplemen mengurangkan berat badan itu.

“Saya telah mengiklankan pencarian ini di laman sosial Facebook dan meminta mereka yang berminat supaya menghantar biodata diri.

“Kebanyakan maklum balas bukan sahaja datang dari negara ini malah ada juga dari Singapura dan Brunei,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya yang mengendalikan perniagaan ini di bawah syarikatnya, AC Living Large: “Saya telah melantik pakar kesihatan untuk menemubual para peserta untuk mengetahui tentang berat badan, ketinggian dan cara kehidupan mereka.

“Selepas itu, saya akan memberi mereka yang terpilih untuk mencuba produk tersebut dan melihat hasilnya. Setakat ini, isteri saya juga sedang mencuba produk tersebut.”

Dalam perkembangan lain, pengacara Maharaja Lawak di Astro Warna ini juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk berlakon dua buah filem.

No comments:

Post a Comment