'VIP Tidak Tiru Imej K-Pop' - Adam AF2
PETALING JAYA: Penyanyi Adam AF2 memberitahu kumpulan VIP yang disertainya sejak Januari lalu tidak meniru mana-mana kumpulan popular dari negara Korea iaitu K Pop.
Bagaimanapun, dia tidak menolak bahawa VIP atau singkatan dari Versatility In Performance (serba boleh dalam persembahan) ini ditubuhkan berikutan fenomena K Pop yang mendapat sambutan peminat di Malaysia.
"Kita tidak meniru kumpulan K Pop cuma konsep muzik yang kami bawakan sama iaitu pop dance yang mana kami namakan ia Mpoce (Malaysian Pop Dance).
"Ini merupakan projek khas daripada KRU untuk melihat pasaran konsep tersebut di negara ini," ujarnya kepada mStar Online.
Kumpulan VIP yang bernaung di bawah KRU Record ini dianggotai oleh Ryan, Yandy, Adam, Marlon dan Fadlan. Mereka serang popular dengan lagu Lagu Cinta.
Sementara itu, kata Adam, dia menyertai VIP ini kerana minatnya yang mendalam terhadap nyanyian secara berkumpulan.
"Saya memang minat buat persembahan dengan kumpulan dengan cara menari. Sebelum ini juga saya ada kumpulan sendiri"
"Bagi saya persembahan dalam kumpulan memberi lebih kepuasan dan dapat mengubat kerinduan saya bersama kumpulan saya yang lama," katanya.
Namun begitu, penyertaannya dalam VIP bukan bermakna dia kini tidak lagi bergerak secara solo.
"Saya masih lagi bergerak secara solo dan baru sahaja keluar dengan album ke empat Adam 4, awal tahun lalu."
"Kumpulan ini hanya projek khas. Saya hanya membantu mereka sahaja. Sebelum ini ramai juga nama artis lain seperti Shahz Jazle yang dicadangkan untuk menyertai kumpulan ini, tapi disebabkan kekangan masa ia tidak dapat bersama VIP," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment