Search This Blog

Labels

Aaron Aziz (1) AC Mizal (1) Adam (1) Adele (1) AF (4) AF9 (5) Aida Khalida (1) Akademi Fantasia (1) Album (1) Amalina (1) Ameng (1) American Idol (1) Amy Search (1) Amy Winehouse (1) Ana Raffali (2) Anang (2) Anita Sarawak (1) Ariel Peterpan (2) Arnold Schwarzengger (1) Astro (2) Awie (1) Ayu Raudhah (3) Ayu Rhaudhah (1) Aznil (1) Azri (2) Britney Spears (1) Cheese Cake (1) Chris Brown (1) Dadah (1) eBay (1) Elly Mazlein (1) Faradhiya (1) Farid Kamil (1) Filem (2) Fina (1) Gosip (4) Haiza (1) Haq (2) Hazama (1) Hos (1) Hot FM (1) Internet (1) Irma Hasmie (3) Jailani Sidek (1) Jamal Abdillah (1) Jasmin Hamid (1) Jennifer Lopez (1) Juliana Evans (1) Justin Bieber (1) Jzelynn (1) Kahwin (1) Kamal Adli (1) Karak (1) Karyawan (1) Kate Middleton (1) Konsert (1) Krisdayanti (1) Kristen Steward (1) KRU (1) Lady Gaga (1) Lagu (1) Lat Kampung Boy (1) Lena (1) Lirik (1) Luar Negara (12) Mari Menari (1) Mary J Blige (1) Maya Karin (2) Nabil Raja Lawak (3) Nana (1) Neelofa (1) Nera (2) New Album (1) Pemenang (1) Promosi (1) Putera Harry (1) Qasha (2) Radio (1) Raja Azmi (1) Raja Lawak (1) Raul Lamos (1) Remy Ishak (2) Resepi (1) Rihanna (1) Robert Pattinson (1) Rossa (1) Ryan Seacrest (1) Saerah (1) Saida (1) Sarimah (1) Scha (1) Scha Al-Yahya (1) Seberang (3) SecretRecipe (1) Shahir (1) Shaolin (1) Syafiq Yusof (1) Syamsul Yusof (1) Teater (2) Tempatan (57) Trailer (7) TV3 (1) TV9 (1) Usop Wilcha (1) Video Klip (1) Wardina (1) Wayang (9) Yuna (1) Zamani (1) Zaquan Adha (4) Ziana Zain (3) Zizan (1) Zizan Nin (2)

Zizan: Mak Tahu Saya Berkawan Dengan Juliana Evans


KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2011: Biarpun sudah beberapa kali menafikan hubungan cintanya bersama pelakon berwajah Pan Asian iaitu Juliana Evans namun pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak masih lagi dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas kekasih Sam Bunkface itu.

Pun begitu, sewaktu mengendalikan acara Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam Ahad lalu Zizan Raja Lawak dengan tidak segan silu menyebut nama pelakon Juliana Evans apabila bercakap tentang calon menantu pilihan ibunya.

Kata-kata Zizan itu seolah-olah seperti mahu mengiyakan gosip yang sebelum ini mengatakan dia dan Juliana Evans adalah pasangan kekasih. Apakah benar sepertimana anggapan ramai itu?

Sewaktu ditemui murai.com.my di majlis Minggu Setiausaha Anita Sarawak & Noryz Aziz di SACC, Shah Alam tengahari semalam, Zizan memberitahu, apa yang dilakukannya pada malam itu hanyalah sekadar satu gurauan semata-mata. .

"Itu semua hanya gurauan sahaja. Saya cakap pun bukan dalam keadaan serius. Saya hanya sampaikan dengan cara melawak sahaja. Tapi, mak saya memang tahu hubungan saya dengan Jue (panggilan mesra untuk Juliana Evans).

"Apa yang pasti mak saya tak pernah pun pesan macam yang saya cakap kat malam ABPNH 2010 tu. Cuma mak saya tahulah yang saya sekarang ni berkawan dengan Jue. Dia pesan kalau kerja tu biar kerja betul-betul tapi kalau dah bersedia nak berkahwin beritahu sahaja pada dia.

"Cuma buat masa sekarang ni, saya belum terfikir atau bersedia untuk ke arah itu kerana saya mahu fokus dulu pada kerjaya saya. Saya dan Jue hanya kawan rapat dan tiada apa-apa hubungan special," jelasnya kepada murai.com.my

Dalam Minggu Setiausaha yang berlangsung di SACC itu Zizan dan Juliana Evans telah digandingkan dengan sebagai pasangan pengacara buat julung kalinya.

Sementara itu Juliana Evans yang mengakui tidak ambil kisah dengan gurauan Zizan ketika di ABPBH 2010 memberitahu, walaupun baru pertama kali digandingkan sebagai pengacara dalam majlis Minggu Setiausaha ini, namun saya rasa amat serasi dan selesa bekerja dengan Zizan.

"Saya harap selepas ini, kami boleh bekerjasama lagi. Mengenai kata-kata Zizan tu saya dah tahu dia sekadar bergurau dan hanya mengusik kerana dia tahu peminat pasti suka bila dia berbuat begitu. Apa tidaknya, selama ini, kami selalu dikeneng-kenengkan untuk bercinta oleh peminat.

"Apa yang boleh saya katakan, kami hanya kawan rapat. Cuma sekarang ini, kami dah kurang dapat berjumpa selalu atau lepak sama kerana masing-masing sibuk dengan kerja.

"Namun kadang-kadang dia sempat juga minta pendapat atau share tentang apa yang dia suka dan baju apa yang dia nak pakai pada saya," katanya yang mula berkawan rapat dengan Zizan sejak menjayakan pengambaran filem Hantu Bonceng bersama-sama.
1:35 AM | 0 comments | Read More

Bidang Lakonan Bantu Shahir Hayati Nyanyian



PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Shahir merasakan bidang lakonan banyak membantunya untuk menghayati nyanyian sesebuah lagu itu.

Lebih-lebih lagi penghayatan itu diperlukan ketika membikin klip video.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini akui sejak berlakon dalam filem Karak, rindunya untuk berlakon lagi semakin kuat dalam hati.

“Saya sedar bahawa saya berasal sebagai bintang realiti nyanyian. Apabila saya cuba menyelami diri sebagai pelakon, ia sedikit sebanyak membantu saya untuk menghayati lagu.

“Selepas ini, saya dijangka akan berlakon dalam sebuah telefilem yang masih dalam perbincangan dengan pihak Astro,” kata Shahir yang menantikan kemunculan filem Karak di pawagam bermula 26 Mei ini.

Selain bergelar penyanyi dan pelakon, anak jati Perak ini turut melibatkan diri dalam bidang gubahan lagu dan lirik.



Terbaru, Shahir sedang mencipta lagu dan lirik berentak pop rock. Dia juga menulis lirik lagu yang ditujukan khas buat ibu.

Beralih kepada album sulungnya, penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini telah merakamkan lima buah lagu yang mempunyai kekuatan berlainan dengan sentuhan daripada komposer terkenal seperti Sham (Kamikaze), Audi Mok dan Edry Abdul Halim.

“Kalau boleh saya nak cepat terbitkan album ini tetapi sehingga sekarang masih menunggu masa yang sesuai.

“Jadi, saya mengeluarkan lagu single satu persatu. Sekarang ini, single Luar Biasa sedang diputarkan di radio,” ujarnya.

Mengulas sedikit tentang kejayaannya dipilih sebagai Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010, Shahir yang pada mulanya tidak menjangkakan kemenangan tersebut amat berterima kasih kerana peminat masih menyokongnya dari belakang.

“Saya rasa bertuah kerana peminat masih kuat menyokong saya. Sokongan mereka memberikan saya semangat yang kuat untuk kembali semula dalam industri selepas menyepi seketika sebelum ini.

“Industri seni kita sangat kecil dan peminat sendiri yang akan menaikkan seseorang artis itu.

"Sebolehnya saya tidak mahu naik disebabkan kontroversi,” komennya yang kalah kepada Faizal Tahir bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.
7:57 AM | 0 comments | Read More

Raul Lamos Sukar Sebut Nama Anang


JAKARTA: Suami baru penyanyi Indonesia Krisdayanti, Raul Lamos sukar untuk menyebut nama bekas suami KD, Anang Hermansyah.

Menurut KD, ia adalah berikutan cara sebutan dan bahasa nasional Timor Leste lebih tegas sehingga menyukarkan suaminya itu menyebut beberapa huruf.

"Bahasa nasional Timor Leste lebih tegas. Dia sukar untuk menyebut huruf 'g' sehingga berbunyi Anan," ujarnya.

Dalam pada itu, KD tuurt mengakui sejak mendirikan rumah tangga hidupnya lebih bahagia dan aman.

Malah suaminya sering memanggilnya dengan pangilan 'Amor' setiap hari.

Selain itu, KD juga memberitahu dia tidak mengunakan gelaran Mimi-Pipi lagi seperti yang digunakan ketika menjadi isteri Anang.
7:54 AM | 0 comments | Read More

Nur Amalina Bertuah Dapat Berlakon Dengan Scha


PETALING JAYA: Gadis berasal dari Selangor, Nur Amalina Azain, 18, menamatkan pencarian gadis Carefree apabila dia berjaya diumumkan sebagai pemenang.

Dengan kemenangan itu, Amalina sekali gus berjaya melayakkan diri untuk berlakon di samping duta Carefree, Scha Al-Yahya dalam siri televisyen berjudul, Dunia Kita.

Selain itu, dia membawa pulang wang tunai RM10,000 dan panty liner Carefree bernilai RM500.

“Saya berasa gembira memenangi pencarian gadis Carefree. Saya telah lama mengimpikan untuk menjadi personaliti televisyen dan pelakon.

“Pertandingan ini telah memberikan peluang yang baik kerana saya ternanti-nanti untuk menjayakan drama televisyen bersama-sama Scha, Marsha dan Awal.



“Saya berasa sungguh bertuah! Terima kasih Carefree kerana memberikan peluang ini kepada saya,” kata Amalina.

Dunia Kita menceritakan tentang dua orang wanita yang berusaha gigih mengejar cita-cita mereka untuk menjadi pereka fesyen. Sementara itu, duta jenama tersebut, Scha berkata: “Pencarian gadis Carefree menawarkan peluang keemasan kepada wanita muda untuk menjadi bintang televisyen dalam sekelip mata.

“Saya sendiri menyaksikan aksi semua wanita yang menyertai uji bakat tersebut dan kagum dengan bakat yang dimiliki oleh mereka.

Drama ini dijadualkan ditayangkan bermula 27 Mei ini, setiap Jumaat, pukul 7.30 malam menerusi Astro Ria (saluran 104).
7:51 AM | 0 comments | Read More

TV9 Sediakan Filem Menarik Sepanjang April



PETALING JAYA: Sepanjang April ini, penonton setia TV9 dihidangkan dengan filem-filem menarik seperti Pisau Cukur, The Mask, Kelab Idola dan Cinta pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam.

Pada 9 April, penonton akan terhibur melihat gelagat dua gadis yang bercita-cita tinggi mengejar lelaki yang kaya dan terpengaruh semata-mata untuk hidup mewah dan mendapat apa yang diidamkan.

Pisau Cukur lakonan Fazura dan Maya Karin ini bukan sahaja lucu tetapi masing-masing terperangkap dengan sangkar yang mereka bina sendiri ketika bertembung dengan isteri-isteri Datuk yang ingin digoda.

Tidak puas dengan filem lucu itu, TV9 juga menyediakan filem yang lebih lucu menerusi filem pecah panggung 17 tahun lalu iaitu The Mask pada 16 April ini.



Lihat sahaja telatah Jim Carrey yang sememangnya lawak membawa dua perwatakan berbeza ketika memakai topeng magik yang ditemuinya ketika berada di satu pelabuhan lama.

Filem aksi komedi arahan Chuck Russel ini memberi tanggungjawab kepada Jim Carrey memegang watak sebagai kerani bank bernama Stanley Ipkiss.

Setiap kali apabila Stanley mengenakan topeng tersebut, perwatakannya mula berubah menjadi semakin romantik tetapi pada masa yang sama bersifat ganas.

Stanley cuba menolong Tina Carlyle (Cameron Diaz) daripada teman lelakinya Dorian Tyrel (Peter Rieger), seorang penjenayah. Stanley menaruh hati terhadap Tina dan berusaha mengambil hatinya.

Untuk menyelamatkan Tina dan memenangi hati Tina, Jim Carrey telah menggunakan topeng tersebut.



Berjayakah Stanley berbuat demikian? Sudah semestinya The Mask ini dapat menceriakan hari Sabtu anda nanti.

Kepada adik-adik yang begitu merindui program Idola Kecil, jangan risau kerana rancangan itu akan menemui adik-adik menerusi telefilem sensasi terbaru mereka iaitu Kelab Idola pada 23 April nanti.

Telefilem eksklusif ini dilakonkan oleh Dayana (IK2) dan Harris (IK3) bergandingan dengan Fimie Don, Kazaruddin Saisi dan Zaibo.

Kemeriahan filem terhebat ini diakhiri dengan filem Cinta yang pernah merangkul Anugerah Filem Terbaik pada Filem Festival Malaysia ke-20.

Ia akan bersiaran pada 30 April ini.

Cinta dilakonkan oleh Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Eizlan Yusof, Fasha Sandha, Nanu Baharuddin, Que Haidar, Rashidi Ishak dan Rita Rudaini.
7:47 AM | 0 comments | Read More

Kate Middleton Sanggup Kongsi Rumah Dengan Putera Harry



SETELAH berkahwin dalam majlis yang berlangsung pada 29 April ini, Putera William dan Kate Middleton akan tinggal sebumbung dengan adiknya, Putera Harry.

Kedua-duanya akan tinggal di Clearence House bersama-sama Harry, terutamanya jika adiknya berada di London.

Pasangan bangsawan ini belum memberi kenyataan rasmi mengenai kediaman yang bakal mereka duduki.

Bagiamanapun beberapa pilihan telah dipertimbangkan termasuk Kenginton Palace dan Buckingham Palace di London.

"Harry selalu tiada di rumah kerana bersama Army Air Corps sepanjang minggu, jadi tiada masalah jika tinggal bersama pasangan itu.

"Bilik pasangan itu tidak begitu mewah tetapi Kate menyukainya. Dia juga baik dengan Harry, jadi tiada masalah untuk mereka tinggal sebumbung," ujar sumber dalaman istana.
7:45 AM | 0 comments | Read More

Trailer: CUN!



1:56 AM | 0 comments | Read More

‘Cun!’ Karya Menarik Osman Ali


Barisan pelakon dan karyawan filem Cun! pada malam gala filem itu, baru-baru ini.

LAMA sudah kita tidak disajikan sebuah filem ringan yang mampu membuatkan penonton tersenyum dan bercerita tentang babak-babak kegemaran masing-masing selepas habis tayangannya.

Bagaimanapun, kemunculan filem romantik komedi, Cun!, hasil air tangan pengarah Osman Ali, ternyata memberi sentuhan berbeza berbanding filem bergenre sama yang pernah dihasilkan pengarah-pengarah lain sebelum ini.

Mempunyai susunan cerita yang mudah difahami, pujian harus diberikan kepada Osman kerana filem ini mempunyai plot serta garapan yang teliti dan pastinya ia tidak akan mengecewakan penonton.

Elemen komedi yang diwujudkan juga tidak nampak terlalu mengikut skrip kerana dialog komedi yang dilakonkan lebih spontan dan bersahaja.



Mungkin kerana Cun! memiliki barisan pelakon yang cukup hebat, maka lakonan serta lawak spontan Maya Karin sebagai Luna yang bertemu cinta dengan jejaka kampung, Atan, lakonan Remy Ishak ternyata berhasil.

Malah Maya dan Remy mempunyai keserasian yang maksimum sehinggakan mereka berdua dilihat seperti benar-benar bercinta.

Cun! mengisahkan tentang seorang pengacara program gosip Meletups, Luna Latisya yang kecewa dengan kecurangan kekasihnya, Ryan (lakonan Jehan Miskin), dan membuat keputusan untuk mencari ketenangan di kampung pembantu peribadinya, Tom, di Kedah.

Di sana, Luna diberi peluang merasai keindahan dan ketenangan di Kampung Mata Ayer, serta memiliki kasih sayang di antara Tom, Tok Chah (Kartina Aziz), serta sepupu-sepupunya (Atan dan Manis).

Ini membuatkan hati Luna yang lara terubat seketika apabila melihat telatah keluarga Tom itu yang sentiasa dalam kegirangan.

Kemudian, timbul pula perasaan bibit-bibit cinta diantara Luna dan Atan membuatkan wanita itu terasa bahagia.

Bagaimanapun, Luna berjaya dikesan oleh penerbit programnya, Candy (lakonan Ning Baizura) dan berkomplot bersama Ryan, yang masih menyimpan harapan untuk memiliki cinta Luna semula untuk bertemu Luna.



Candy sengaja ingin mengambil kesempatan untuk menyiarkan pujuk rayu Ryan serta memaparkan wajah Atan yang dirasakan tidak layak mendapat cinta Luna untuk disiarkan kepada umum demi mengaut keuntungan.

Walaupun perjalanan kisah cinta antara Luna dan Atan seperti dapat dijangka, namun, Osman bijak memainkan adegan-adegan romantis itu yang seperti berjalan-jalan di tepi sawah bersama kerbau bernama Kembang kepunyaan

Manis, duduk berborak di jambatan parit serta menyelesaikan konflik antara Manis dan Atan menjadikan kisah cinta itu tampak lebih menarik.

Dalam pada itu, pelbagai suasana lucu dapat dilihat apabila kehadiran watak sampingan iaitu Bedah Tonggek (Mislina) dan Eton Gebu (Siti Nor Faridah) menyerikan filem ini.

Justeru, tidak salah rasanya jika mengatakan tanpa watak Bedah Tonggek dan Eton Gebu, perjalanan cerita filem ini menjadi kosong dan nampak biasa sahaja.

Selain itu, watak Manis lakonan Nadia Nissa turut memainkan peranan yang penting dalam perjalanan filem ini kerana Manis, seorang gadis lembam membuatkan orang di sekelilingnya seperti Tom, Tok Chah, Atan dan Luna bersatu dalam menangani sesebuah masalah.

Watak Tok Chah yang membawa nilai-nilai kekeluargaan pasti membuatkan penonton merasai betapa pentingnya kasih sayang di antara keluarga jika timbulnya sesebuah masalah.



Ini ternyata dapat dilihat apabila Tok Chah bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan Atan yang sedang bergelut dengan Ryan di dalam tali air.

Tidak ketinggalan juga, lakonan Faezah ELai sebagai gadis tomboi, Tom, juga berjaya menghidupkan watak sebagai pembantu peribadi dan gadis kasar.

Di sebalik kegirangan yang ditonjolkan, jiwa Tom sebenarnya tidak tenteram apabila turut menaruh harapan pada Atan dalam diam.

Sementara itu, Osman bijak memilih lokasi suasana damai yang berlatarkan kehijauan sawah padi dan gunung-ganang sekali gus menyuntik elemen sinematograf yang mempesonakan sepanjang menonton filem ini.

Secara keseluruhannya, Osman Ali bukan sahaja berjaya membentuk sebuah kisah cinta yang menarik, bahkan, sutradara ini juga bijak mengimbangi paparan kehidupan masyarakat di kota dan kampung.

Tambah pula, pelakon-pelakonnya juga tidak kira watak utama mahupun sampingan, mereka berjaya menghidupkan karakter masing-masing.
1:48 AM | 0 comments | Read More

Anita Sarawak Dapat Memo Kerana 'Ayam Den Lapeh'


SHAH ALAM: Penyanyi Anita Sarawak pernah diberi memo oleh pengarah hiburan sebuah kelab di Las Vegas, Amerika Syarikat, ketika pertama kali membuat persembahan di kelab tersebut, 18 tahun lalu.

Anita berkata, memo itu mahukan dia menyanyikan senarai 14 lagu-lagu terpilih popular untuk pengunjung selepas dia mempersembahkan lagu Ayam Den Lapeh dan Lodeh Mak Lodeh di kelab berkenaan pada hari pertama dipanggil bekerja.

“Saya amat takut pada waktu itu. Ingatkan memo nak suruh berhenti kerja kerana menyanyikan lagu tersebut tetapi memo yang mahukan saya menyenaraikan 14 lagu popular yang bersesuaian dengan kehendak pengunjung kelab.

“Saya beritahu pengarah hiburan itu, 14 lagu yang saya nyanyikan sebelum ini ialah lagu popular di negara saya.



"Malah lebih hebat lagi apabila pengunjung setia kelab itu mahukan saya menyanyikan lagu Ayam Den Lapeh dan Lodeh Mak Lodeh selalu,” katanya menceritakan pengalaman silamnya sambil disambut gelak ketawa pengunjung Shah Alam Konvensyen Center di sini, Rabu.

Anita berkongsi pengalaman itu sempena Minggu Setiausaha yang dianjurkan pusat konvensyen berkenaan bertemakan Divas Las Vegas.

Kira-kira 1,000 tetamu termasuk setiausaha bersama bos masing-masing hadir menyaksikan persembahan penuh bertenaga itu.

Anita yang muncul dengan kot labuh berwarna biru pada pembukaan acara tampil dengan lagu pertamanya We Will Rock You dan We Are The Champion.



Kekuatan vokal Anita dan juga kelincahannya menari amat mengagumkan apatah lagi ketika usianya sudah menjangkau 59 tahun.

Selain lagu tersebut Anita turut mempersembahkan beberapa lagu lain antaranya Bercanda Di Pasiran pantai, Getaran Jiwa, Copa Cabanna, Asmara, Big Ppender, Sexis, Kalau Berkalau dan Proud Mary.

Penyanyi itu turut mengusik para peminatnya dengan keletah lucu apabila memanggil mereka di pentas untuk berlakon sebagai dirinya bagi membolehkan peminat memenangi hadiah berupa perabot bernilai lebih RM45,000 tajaan Empire Classic dan hadiah-hadiah lain.

Terdahulu, penonton dihiburkan dengan persembahan Noryn Aziz yang tidak kurang hebatnya serta gandingan mantap pasangan pengacara Juliana Evans dan Zizan (Raja Lawak).
1:43 AM | 0 comments | Read More

'Karak' : Norman & Yusry Buat Kajian Makhluk Halus


KUALA LUMPUR: Selepas mengecap kejayaan besar menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios bakal menghasilkan filem ke sembilan mereka berjudul Karak yang akan ditayangkan pada 26 Mei depan.

Menurut pengarahnya, Yusry Abdul Halim, Karak menampilkan 10 imej entiti makhluk halus di mana jin atau syaitan yang boleh menyerupai pelbagai rupa.

"Ini merupakan filem seram pertama saya dan ia lebih memberi fokus dengan gabungan kesan khas pada solekan serta penggunaan imej janaan komputer (CGI).

"Selain itu, saya dan Norman yang bertindak sebagai penulis skrip membuat kajian tentang kisah-kisah makhluk halus yang pernah berlaku di Lebuh Raya Karak.

"Bagaimanapun filem ini tidaklah terlalu sukar untuk dihasilkan seperti filem-filem lain, bahkan penggambaran yang dijalankan hanya memerlukan selama 20 hari sahaja.

"Cuma penggambaran hanya dilakukan pada waktu malam dan sedikit sebanyak ia agak memenatkan kami," katanya.

Tambah Yusry, selain membuat penggambaran di beberapa lokasi luar seperti Hulu Langat dan Lembah Pangsun, kebanyakan babak turut dilakukan di studio untuk mempercepatkan masa.

Filem Karak dibintangi oleh pelakon-pelakon baru iaitu Shahir AF8 sebagai teraju utama iaitu Nik, Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), Kilafairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam).

Kata Yusri, pemilihan pelakon-pelakon baru dipilih kerana ingin memastikan watak filem tersebut dilihat segar kerana ia mampu menimbulkan perasaan seolah-olah kejadian tersebut benar-benar berlaku terhadap penonton yang menyaksikannya.

Ia mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Dalam perjalanan tersebut mereka mengalami kesesakan di Lebu Raya Karak dan bertekad untuk mencari jalan alternatif lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau laman sosial Facebook serta Youtube, Karak.
1:41 AM | 0 comments | Read More

'Lat Kampung Boy' Pecah Rekod 30,000 Penonton


KUALA LUMPUR: Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal inspirasi kisah Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 16 Mac hingga 5 April lalu berjaya memecahkan rekod penonton teramai iaitu berjumlah lebih 30 ribu.

Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, angka tersebut sekali gus mengatasi rekod yang dipegang oleh Puteri Gunung Ledang.

"LKBSM telah memecahkan rekod penonton teramai iaitu lebih 30 ribu penonton yang datang sepanjang 21 persembahan yang dilakukan.

"Sebelum ini ia dipegang oleh teater Puteri gunung Ledang iaitu sebanyak 24 ribu penonton dalam 18 persembahan yang dibuat.

"Kiraan ini berdasarkan pementasan kali pertama setiap teater yang dipentaskan di Istana Budaya," ujarnya ketika ditemui di sidang media Badai Semalam, di sini, Rabu.

Jelas Juhari, LKBSM tersenarai antara teater yang mempunyai jenama yang kuat selain Puteri Gunung Ledang, Teater Muzikal P.Ramlee, Teater Muzikal Tun Mahathir dan Cuci The Musical.

"LKBSM kini menjadi salah sebuah teater yang mempunyai jenama yang kuat untuk di pentaskan di Istana Budaya selain teater-teater yang telah dipentaskan beberapa kali.

"Apa yang kita lihat ia bukan sahaja berdasarkan kepada promosi yang dibuat, kerana promosi PGL lebih hebat dari LKBSM, tetapi penceritaan dari mulut ke mulut iaitu daripada mereka yang telah menonton terlebih dahulu," katanya.

Selain itu, Juhari tidak menyangkal populariti Lat sendiri membuatkan ramai penonton yang ingin menyaksikan perjalanan hidupnya dipentaskan.

"Teater ini mempunyai kelebihan kerana Datuk Lat sendiri antara nama besar yang dikenali, mempunyai ramai peminat dan apa yang saya perhatikan setiap teater yang mendapat sambutan merupakan teater tentang kisah kehidupan.

"Contohnya, P.Ramlee, Puteri Gunung Ledang, Tun Mahathir dan Lat, saya percaya ramai yang datang ingin melihat sendiri perjalanan kisah itu," katanya.

Bagaimanapun, menurut Juhari pementasan kedua tidak akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"LKBSM mungkin akan dipentaskan untuk kali kedua tapi bukanlah dalam masa terdekat atau setahun ini, mungkin ia akan dipentaskan semula pada 2013.

"Saya tidak mahu ia jadi seperti teater Tun Mahathir yang dipentaskan dalam jangka masa terdekat, akibatnya ia kurang mendapat sambutan," katanya.
1:40 AM | 0 comments | Read More

Farid Kamil Berlakon Teater 'Badai Semalam'


KUALA LUMPUR: Istana Budaya bakal mementaskan teater yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Khadijah Hashim berjudul Badai Semalam pada 15 hingga 25 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, teater itu dipilih kerana naskhah tersebut menceritakan kekuatan seorang wanita yang keluar daripada kepompong wanita ketika itu.

"Naskhah ini sangat menarik kerana dia menceritakan bagaimana kekuatan seorang wanita yang melawan arus pada zaman mereka.

"Selain itu jalan cerita Badai Semalam ini juga sangat kuat yang dijangka mampu menarik ramai penonton datang untuk menyaksikannya," kata Mohamed Juhari pada sidang media Badai Semalam di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Juhari berkata teater romantik ini diharap mampu menarik golongan remaja untuk menonton.

"Kita mahu Istana Budaya bukan sahaja dikunjungi oleh golongan tertentu sahaja, kita sedang berusaha untuk menarik golongan muda remaja untuk datang menonton.

"Oleh itu, teater bersifat romantik seperti ini menjadi sandaran untuk menarik golongan remaja ke Istana Budaya. Kita juga akan membuat promosi dengan memberi tiket istimewa kepada pelajar sekolah," katanya.

Bagaimanapun, kata Mohamed Juhari, pemilihan pelakon masih lagi dibuat berikutan beberapa nama yang dicadangkan menolak tawaran tersebut kerana mempunyai komitmen lain.

"Beberapa nama seperti Erra Fazira dan Lisa Surihani telah dicadangkan untuk memainkan watak utama iaitu watak Mazni tetapi mereka tidak dapat menerimanya kerana mempunyai komitmen lain.

"Kami dalam proses untuk mencari pelakon wanita lain yang sesuai dengan watak ini, tapi bagi watak hero, pelakon Farid Kamil telah menyatakan persetujuannya untuk memegang watak Karim," katanya.

Teater yang diterbitkan pada awal 80-an ini mengisahkan seorang wanita bernama Mazni yang merupakan anak pembantu rumah yang mempunyai cita-cita tinggi.

Mazni tidak mahu mengikut perjalanan seperti wanita biasa yang berkahwin dan mengikut suami, dia mengejar cita-citanya sehingga mengabaikan cinta dan keluarganya.

Teater ini akan diarahkan oleh pengarah muda, Khairunazwan Rodzi dan skip ditulis oleh Rahimidi Zahari.
1:38 AM | 0 comments | Read More

Amy Search Janji Kelainan Dalam Konsert Terakhir 'Double Trouble'


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman (Amy) menjanjikan kelainan pada Konsert Legenda Double Trouble (DT) Live @ Melaka di Stadium Hang Jebat pukul 9 malam pada 27 Mei depan.

Kata Amy, semua aspek berkaitan konsert yang menggandingkan Search dan kumpulan Wings itu akan diperhalusi dan dipertingkatkan khusus untuk edisi terakhir DT tersebut.

"Memandangkan konsert ini bakal menjadi siri DT yang terakhir sejak ia dilancarkan tahun lalu, kami akan beri pengisian yang istimewa dan unik berbanding konsert-konsert yang lepas.

"Setiap aspek termasuklah pemilihan lagu, susunan muzik, gimik persembahan dan sistem bunyi akan dipertingkatkan.

"Kalau boleh biarlah konsert terakhir ini menjadi yang terbaik dan bermakna buat peminat," katanya yang ditemui pada sidang media konsert itu di Wangsa Maju, di sini, Rabu.

Mengulas mengenai kelemahan sistem audio pada konsert DT di Sunway Lagoon tahun lalu, Amy berkata, bagi mengelakkan kesilapan teknikal itu berulang, dia bersama anggota Search yang lain akan terlibat secara langsung dalam menentukan sistem bunyi, peralatan dan setiap perincian konsert itu.

"Kami tidak mahu kesilapan pada konsert-konsert lepas berulang semula. Untuk kali ini, kami sendiri yang akan terlibat sepenuhnya dalam menentukan setiap butiran konsert itu termasuklah peralatan dan sistem audio.

"Semuanya harus mengikut piawaian yang kami mahukan kerana tidak mahu disebabkan oleh kesilapan teknikal ia mencacatkan perjalanan konsert itu pula sebagaimana yang lepas," katanya yang akan memulakan sesi latihan konsert itu dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Abalimalimon Event Unit, Abdul Alim Alimon selaku penganjur konsert berkata: "Keunikan konsert itu adalah pada pengisiannya di mana kebanyakan lagu yang bakal dipersembahkan dipilih oleh barisan Exco kerajaan negeri Melaka sendiri.

"Selain itu, kami juga bekerjasama dengan Konsortium Transnasional Berhad yang bertindak sebagai ejen jualan tiket menerusi 80 kaunter tiket bas mereka di seluruh semenanjung."

Konsert yang mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Melaka dan Politeknik Merlimau, Melaka itu diadakan bersempena Karnival Jom Gempau pada 25 hingga 29 Mei depan.

Selain berhibur, setiap pembelian tiket turut berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Perodua Viva, dua motosikal Modenas Kriss dan lima buah Apple iPad.

Tiket-tiket yang masih belum diumumkan harganya akan mula dijual pada 25 April depan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari dtmelaka.blogspot.com
1:35 AM | 0 comments | Read More

Amy Winehouse Kurangkan Mabuk Untuk Dapat Anak


PENYANYI Amy Winehouse dikhabarkan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dari hasil hubungan dengan kekasihnya Reg Travias.

Seperti dipetik Contact Music, Amy kini terlalu obses untuk mendapatkan cahaya mata.

"Amy terlalu obses untuk mempunyai anak kerana dia sering berbicara tentang hal itu. Paling tidak dia mahu hamil pada tahun depan," menurut sumber.

Kata sumber tersebut, Amy akan melakukan apa sahaja untuk mempunyai anak. Bagaimanapun ketagihannya terhadap alkohol dan dadah masih belum hilang.

"Dia juga sedang berusaha untuk mengurangkan ketagihannya terhadap alkohol dan dadah untuk memudahkannya hamil," kata sumber tersebut.
1:31 AM | 0 comments | Read More

Robert Pattinson Dan Kristen Steward Berpisah


SATU berita yang amat mendukacitakan buat peminat pasangan Twilight, Robert Pattinson dan Kristen Stewart, apabila pasangan itu dikhabarkan telah pun berpisah.

Perpisahan dikatakan berpunca kesibukan karier masing-masing apabila mereka mempunyai jadual yang begitu padat sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa antara satu sama lain.

"Sejak akhir-akhir ini hubungan mereka semakin sulit. Lebih-lebih lagi apabila mereka mempunyai pelbagai projek filem berturut-turut.

"Ini menyebabkan Rob dan Krist tidak mempunyai masa untuk berhubungan. Malah mereka juga jarang berbual di telefon.

"Bukan hal ini saja, tetapi mereka mempunyai pelbagai alasan untuk berpisah.

Justeru itu, Rob membuat keputusan untuk berpisah sementara bagi memberi ruang kepada diri masing-masing," kata sumber kepada Daily Mirror.

Tambah sumber tersebut, kedua-dua mereka juga saling mengeluarkan air mata sebelum berpisah.

Walaupun tidak pernah mengiya atau menidakkan tentang perhubungan cinta itu, Rob dan Krist sering menunjukkan aksi-aksi mesra di hadapan umum sejak membintangi Twilight.
1:29 AM | 0 comments | Read More