Nur Amalina Bertuah Dapat Berlakon Dengan Scha
PETALING JAYA: Gadis berasal dari Selangor, Nur Amalina Azain, 18, menamatkan pencarian gadis Carefree apabila dia berjaya diumumkan sebagai pemenang.
Dengan kemenangan itu, Amalina sekali gus berjaya melayakkan diri untuk berlakon di samping duta Carefree, Scha Al-Yahya dalam siri televisyen berjudul, Dunia Kita.
Selain itu, dia membawa pulang wang tunai RM10,000 dan panty liner Carefree bernilai RM500.
“Saya berasa gembira memenangi pencarian gadis Carefree. Saya telah lama mengimpikan untuk menjadi personaliti televisyen dan pelakon.
“Pertandingan ini telah memberikan peluang yang baik kerana saya ternanti-nanti untuk menjayakan drama televisyen bersama-sama Scha, Marsha dan Awal.
“Saya berasa sungguh bertuah! Terima kasih Carefree kerana memberikan peluang ini kepada saya,” kata Amalina.
Dunia Kita menceritakan tentang dua orang wanita yang berusaha gigih mengejar cita-cita mereka untuk menjadi pereka fesyen. Sementara itu, duta jenama tersebut, Scha berkata: “Pencarian gadis Carefree menawarkan peluang keemasan kepada wanita muda untuk menjadi bintang televisyen dalam sekelip mata.
“Saya sendiri menyaksikan aksi semua wanita yang menyertai uji bakat tersebut dan kagum dengan bakat yang dimiliki oleh mereka.
Drama ini dijadualkan ditayangkan bermula 27 Mei ini, setiap Jumaat, pukul 7.30 malam menerusi Astro Ria (saluran 104).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment