Search This Blog

Labels

Aaron Aziz (1) AC Mizal (1) Adam (1) Adele (1) AF (4) AF9 (5) Aida Khalida (1) Akademi Fantasia (1) Album (1) Amalina (1) Ameng (1) American Idol (1) Amy Search (1) Amy Winehouse (1) Ana Raffali (2) Anang (2) Anita Sarawak (1) Ariel Peterpan (2) Arnold Schwarzengger (1) Astro (2) Awie (1) Ayu Raudhah (3) Ayu Rhaudhah (1) Aznil (1) Azri (2) Britney Spears (1) Cheese Cake (1) Chris Brown (1) Dadah (1) eBay (1) Elly Mazlein (1) Faradhiya (1) Farid Kamil (1) Filem (2) Fina (1) Gosip (4) Haiza (1) Haq (2) Hazama (1) Hos (1) Hot FM (1) Internet (1) Irma Hasmie (3) Jailani Sidek (1) Jamal Abdillah (1) Jasmin Hamid (1) Jennifer Lopez (1) Juliana Evans (1) Justin Bieber (1) Jzelynn (1) Kahwin (1) Kamal Adli (1) Karak (1) Karyawan (1) Kate Middleton (1) Konsert (1) Krisdayanti (1) Kristen Steward (1) KRU (1) Lady Gaga (1) Lagu (1) Lat Kampung Boy (1) Lena (1) Lirik (1) Luar Negara (12) Mari Menari (1) Mary J Blige (1) Maya Karin (2) Nabil Raja Lawak (3) Nana (1) Neelofa (1) Nera (2) New Album (1) Pemenang (1) Promosi (1) Putera Harry (1) Qasha (2) Radio (1) Raja Azmi (1) Raja Lawak (1) Raul Lamos (1) Remy Ishak (2) Resepi (1) Rihanna (1) Robert Pattinson (1) Rossa (1) Ryan Seacrest (1) Saerah (1) Saida (1) Sarimah (1) Scha (1) Scha Al-Yahya (1) Seberang (3) SecretRecipe (1) Shahir (1) Shaolin (1) Syafiq Yusof (1) Syamsul Yusof (1) Teater (2) Tempatan (57) Trailer (7) TV3 (1) TV9 (1) Usop Wilcha (1) Video Klip (1) Wardina (1) Wayang (9) Yuna (1) Zamani (1) Zaquan Adha (4) Ziana Zain (3) Zizan (1) Zizan Nin (2)
Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Mari Menari konsep baru


BARISAN peserta yang menyertai pertandingan Mari Menari musim kedua.

PROGRAM Mari Menari musim kedua bakal bersiaran pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 18 dan 19 Jun ini pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).

Seramai sepuluh pasangan akan bersaing untuk merebut gelaran juara seperti yang diraih oleh pasangan suami isteri, Raziff Abd. Rahman dan Alia Nadira Ahmad Zubir pada musim pertama dulu.

Pada musim kedua, peserta merangkumi pasangan suami isteri, ibu dan anak, bapa dan anak serta pasangan adik beradik.

Untuk pertama kali, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan yang diterajui oleh dua jurureka tari profesional, Ray Redzuan Awang (Ray) dan Mohd. Zulfarqar Awaluddin (Belalang) yang turut memikul tanggungjawab sebagai Kapten Jurureka Tari.

Lima pasangan diletakkan dibawah pengawasan Ray iaitu pasangan suami isteri, Mohd. Faizule Abdullah, 23, dan Tengku Puteri Norazilina Tengku Aman Shah, 22, Mohd. Hedzer Nadzar, 29, dan Siti Akmal Azlin Bakar, 22, pasangan adik beradik, Mohd. Hairul Izuan Dahalan, 25 bersama kakaknya, Siti Ummi Nur Faitul Zilla, 27, dan Sarah Diana Michele Durai, 32, dengan adiknya, Shazrul Hudson Ashley Durai, 18.

Pasangan lain yang turut berada di bawah pengawasan Ray adalah Bibi Nek Mohamad, 44, bersama anaknya, Azee Zailani, 21.

Manakala lima lagi pasangan di bawah pemantauan Belalang adalah Mohd. Razman Ghazali, 28, dan isteri, Helta Surya

Putri Pertama Herman, 24, serta pasangan suami isteri Wan Mohd. Faidz Wan Husain, 24, dan Noor Asmah Zainal, 31.

Sementara itu, pasangan adik beradik yang ditempatkan dalam kumpulan Belalang adalah Norny Yusnita Jening, 22, dan adiknya, Umar Ali

Jening, 20, bersama Mohammat Arziwan Amat, 25, dan Azirah Nabinah Amat, 18.

Pasangan anak beranak dalam kumpulan Belalang adalah Ahmad Tamizi Nordin, 45, bersama anak gadisnya, Amanina Maisarah, 18.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, pasangan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memudahkan Kapten Jurureka Tari dan jurureka tari masing-masing membimbing para peserta.

"Setiap pasangan diberi jurureka tari masing-masing bagi melatih mereka untuk menghadapi cabaran persembahan mingguan mengikut tema.

"Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50 peratus daripada juri dan 50 peratus lagi berdasarkan undian penonton," katanya.

Selain itu, kata Azlin, setiap minggu tiga orang juri profesional, Joseph Gonzalez, Harith Iskander dan Vanidah Imran akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.

"Untuk musim ini, di akhir program akan ada peserta yang tersingkir, iaitu pada Sabtu dan Ahad. Peserta terbaik dari kumpulan Ray dan Belalang bakal bersaing di peringkat akhir.

"Kita tidak tahu berapa pasangan yang layak ke peringkat akhir. Kami terpaksa buat begini kerana mengejar waktu agar ia selesai sebelum Ramadan," katanya tentang program yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Lisa Surihani.

Dalam pada itu, Ray dan Belalang berkata, mereka tetap mengambil kira sensitiviti penonton dan akan mengelak daripada menampilkan gerak tari erotik.

Kata Ray, jika ada gerak tari yang tampak erotik terutamanya dalam tarian salsa, beliau akan menasihatkan juru tarinya melakukan gerak tari lain.

"Budaya kita tidak sama dengan orang Mexico yang menari salsa penuh perasaan. Walaupun pasangan yang sertai muhrim tapi kami tetap mengelak daripada geri tari yang boleh mencetuskan kontroversi, terutamanya untuk pasangan ibu dan anak lelaki atau bapa dengan anak gadis.

"Segala gerak tari dicipta sesuai dengan budaya kita. Apa yang penting adalah keserasian mereka ketika menari," katanya.
9:38 PM | 0 comments | Read More

Astro Umum Pelajar & Tenaga Pengajar AF9


KUALA LUMPUR: Astro pada Isnin memperkenalkan 12 pelajar Akademi Fantasia kesembilan (AF9) termasuk lima barisan tenaga pengajar termasuk dua muka baru.

Para pelajar pada kali ini ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir - Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri - Selangor), Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul - Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay - Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib - Melaka).

Turut serta adalah Nur Suhada Jebat, 19, (Aida - Melaka), Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka - Kuala Lumpur), Zulaika Zahari, 22, (Laika - Selangor), Lenaber Haidir, 21, (Lena - Sabah), Roshammizah Rosli, 28, (Miza - Selangor) dan Queennera Francine Francis, 19, (Nera - Sabah).

Tenaga pengajar baru pula ialah Adlin Aman Ramli sebagai guru seni persembahan dan Ning Baizura (guru vokal persembahan) Sementara tenaga pengajar lain termasuklah Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris) yang memasuki tahun ke-8 bersama-sama AF kecuali AF4, Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian).

Buat pertama kalinya dalam sejarah AF, program Diari AF9 akan dirakamkan dari ruang legar tingkat bawah Jusco AEON, AU2, Setiawangsa.

Diari AF9 akan disiarkan bermula 4 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 hingga 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pemilihan lokasi tersebut dilakukan secara terbuka kerana mahu memberikan peluang peminat menonton sesi pembelajaran 12 pelajar AF9 secara dekat.

Tambahan pula, Jusco AEON Setiawangsa dirasakan sesuai untuk menempatkan pelajar dan tenaga pengajar bermula waktu pagi hingga petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dalam rumah lut sinar.

Para pelajar akan ditempatkan di suatu lokasi lain untuk tidur pada waktu malam.

“Kami mencari pendekatan baru untuk penonton untuk penonton menonton Diari AF sambil mereka boleh mengambil gambar secara langsung.

“Bagaimanapun, para pelajar tidak bebas untuk keluar dan masuk dari rumah tersebut kerana sepanjang masa mereka perlu dikurung untuk belajar melainkan boleh keluar untuk solat dan ke tandas.

“Seperti dahulu, jurukamera akan merakam pergerakan pelajar dan tenaga pengajar di dalam rumah tersebut untuk ditonton di Diari AF. Malah penonton juga boleh menonton program itu menerusi laman sesawang rasmi www.akademifantasia.com.my secara langsung,” ujar Azlin ketika sidang media AF9 di Restoran Sakura, Jusco AEON Setiawangsa, Isnin.

Juara AF9 bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah sampingan yang akan diumumkan kemudian.

Selain itu, musim terakhir ini juga bakal menyaksikan kepulangan pengacara tersohor yang begitu sinonim dengan keluarga AF iaitu Aznil Nawawi untuk mengendalikan Tirai AF, Kenangan Afnil, Diari AF dan Konsert AF.

Pengumuman pengetua AF9 bakal diumumkan di Tirai AF pada 2 April ini, secara langsung pukul 9 malam dari Jusco AEON Setiawangsa, Konsert AF (setiap Sabtu, pukul 9 malam mulai 9 April) dan Kenangan Afnil (setiap Sabtu, pukul 8.30 malam bermula 2 April ini).

Kenangan Afnil merupakan gabungan antara akronim AF dan nama Aznil di mana Afnil akan mengimbas kembali detik-detik kenangan AF dari musim pertama hingga musim ke-8.
2:58 AM | 0 comments | Read More