Sekitar pagi ini, lebih 170 orang memberikan respon Like berkenaan gambar cium Nabil Raja Lawak & Qasha yang tersebar tempoh hari. Rata-rata tidak mempercayai penafian superimpose yang diperkatakan oleh Nabil, dan yang terbaru ada sekumpulan wartawan Media Hiburan ternampak Nabil & Qasha bercuti di pusat peranginan popular, Phuket.
Al-kisahnya, pada 27-29 Oktober yang lalu berlakunya acara Rangkaian Radio Media Prima Media Gateway 2010 yang turut berlangsung di Phuket bagi meraikan personaliti radio bersama para wartawan. Ketika mereka bersiar-siar sekitar Pantai Patong, nak dijadikan cerita kumpulan wartawan ini terserempak dengan Nabil & Qasha lagak pasangan romantik berpegangan tangan ketika berjalan di tepi pantai. Dipercayai juga, ahli keluarga terdekat Qasha turut ada bersama menemani mereka.
Arakian ternampak wartawan, Nabil segera melepaskan tangan Qasha, berubah muka Nabil jadi cuak. Nabil sempat menegur kumpulan wartawan, “Hei, korang buat apa kat sini”, kemudian beliau terus bersembang dengan wartawan sejenak. Mungkin untuk coverline darah gemuruhnya.
Walau bagaimana pun, Nabil menafikan bahawa beliau bercuti bersama Qasha, sebaliknya dengan teman-teman motornya. Manakala, Qasha pula kebetulan bercuti bersama keluarganya di Phuket pada tarikh tersebut. Ya, kebetulan.
Nabil berkata lagi, “Saya memang tak setuju jika ada dakwaan saya bercuti bersama Uqasha di Phuket! Selepas pertemuan untuk makan malam, keesokan harinya saya sambung bawa motosikal, namun dia masih meneruskan percutiannya di Phuket.”
6:15 AM | 0
comments | Read More