Nabil Raja Lawak & Irma Hasmie Putus Cinta, Kantoi Berduaan Dengan Gadis Seksi



BiPop melaporkan, kehadiran seorang gadis memakai boxer dan T-Shirt tanpa bra di dalam kondominium milik Nabil merupakan punca utama kisah putus cinta mereka berdua. Hancur luluh hati Irma bila menerjah rumah Nabil, melihat seorang pramugari seksi berada disamping kekasihnya. Bukan apa, sekali imbas bermacam-macam andaian yang boleh timbul, tambahan lagi dalam situasi yang mencurigakan.

Al-kisah pramugari seksi itu dinafikan oleh Nabil dengan berkata bahawa beliau bersama Reza ketika itu, tidak pasti Reza itu berjantina lelaki atau pun perempuan.

Irma pula, dalam nada sebak berkata dia sudah hampir sebulan tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Nabil, walaupun sudah 3 tahun bercinta dan pernah dilanda pelbagai kontroversi, namun segalanya sudah berakhir.

No comments:

Post a Comment