Benarkah rumah tangga Zizan Nin Berantakan?
Kalau minggu lepas Mangga terkejut bila mendengar berita kurang sedap tentang pasangan pelakon, Vanida Imran dan Rashidi Ishak yang dikatakan ke mahkamah syariah, tapi perasaan itu reda bila Vanida menjelaskan, niat mereka ke sana adalah untuk menemani anak saudaranya sahaja.
Tak sampai beberapa hari, kes Vanida dan Shidi di perkatakan, kini pelakon, Zizan Nin pula dikhabarkan hadir ke mahkamah syariah.
Zizan Nin yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang pembaca berita TV9, Fazilah Hani Harun pada Mac tahun lalu, dikatakan hadir ke mahkamah untuk mendapatkan khidmat kaunseling demi memulihkan rumah tangganya yang mengalami sedikit masalah.
Apa pun yang berlaku, Mangga harap hubungan Zizan dan isterinya baik-baik sahaja, lagipun mereka masih baru sahaja berumah tangga, jadi hubungan itu masih panas.
Mangga Muda: Hairan lihat kawan yang gelisah tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Sabar yer…jodoh belum sampai lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment