Rayuan Ariel Peterpan Di Tolak!
Jaksa Penuntut Umum (JPU) menolak rayuan yang disampaikan oleh peguamnya tentang kes penyebaran Video Lucah milik penyanyi popular, Nazriel Irham atau Ariel.
"Dengan ini, majlis hakim menolak seluruh rayuan mahkamah daripada mendakwa Nazriel Irham atau Ariel," jelas JPU, Rusmanto di Bandung, semalam.
Dalam sidang yang membincangkan perkara ini, Rusmanto berkata, pihaknya masih menuntut agar Ariel tetap dihukum penjara lima tahun dan membayar denda sebanyak Rp250 juta.
"Keputusan kami tetap kepada tuntutan yang dibacakan pada proses persidangan yang berlangsung pada Khamis, 6 Januari yang lalu," jelas Rusmanto selepas persidangan selesai.
Persidangan selanjutnya akan dijalankan pada Khamis, 20 Januari akan datang dengan agenda, memberi tanggapan dan jawapan atas tuntutan JPU.
Sebelum persidangan berlangsung, mahkamah memberi harapan dengan mengakui akan optimis terhadap kes di pengadilan Negeri Bandung dan menerima rayuan daripada kliennya itu.
"Kami yakin, bahawa rayuan yang disampaikan oleh klien kami akan diterima oleh majlis hakim," jelas Boy Afrian Baondjol, salah seorang peguam Ariel.
Bagaimanapun, kini Ariel terpaksa mengharungi laluan yang agak susah untuk mengurangkan hukumannya selepas rayuannya kali ini ditolak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment