Mary J Blige Pukau Penonton Dengan Vokal Mantap!
KUALA LUMPUR, 9 FEB 2011: Kehebatan vocal Ratu Hip Hop Soul, Mary J Blige telah memukau hampir 1000 penonton yang memenuhi Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, sempena konsert jelajah dunia 2010/11, Mary J Blige Music Saved My Life, malam semalam.
Malah kelantangan dan kemerduan vokalnya dalam menyampaikan lebih 20 lagu pada malam tersebut telah membuatkan penonton bersorak dan betepuk tangan serta bersama-sama menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Family Affairs, Be Without You, No More Drama, One dan banyak lagi.
Namun begitu kekuatan Blige bukan sahaja pada vokalnya sahaja, malah Blige juga hebat dalam menggayakan gerak tari yang ligat, sempurna tetapi smooth dan seksinya pada malam itu.
Kelincahannya menari dengan hanya kadang-kadang dibantu 2 orang lelaki penari latar yang diterbangkannya sendiri dari Amerika itu telah membuatkan ramai penonton tidak senang duduk lalu terus berdiri menari mengikut rentak R&B dan Soul yang dibawaknnya malam berkenaan.
Bagi penulis, konsert sebesar malam tadi untuk diadakan dalam hall atau dewan berkerusi sangat tidak sesuai dan tidak memberi kepuasan kepada penonton yang mahu menari serta menghayati aluanan lagu seperti hip hop dan R&B, lebih-lebih lagi lagu yang dibawakan oleh Blige.
Ini kerana hampir kesemua penonton telah berdiri dan menari sepanjang konsert itu berlansung. Ditambah pula dengan keadaan yang gelap dalam dewan serta hanya diterangi oleh lampu pentas yang berwarna-warni itu penulis dapat rasakan suasana dalam dewan itu seperti berada dalam disko atau kelab malam.
Lebih hebat lagi, penonton dapat mendengar alunan muzik live band yang diterbang khas oleh Blige dari Amerika untuk konsertnya di Malaysia. Ditambah pula dengan sistem bunyi yang sangat jelas serta vokal yang merdu dari penyanyi latar yang juga diterbangkan khas dari Amerika itu telah membuatkan konsert malam itu menjadi sangat sempurna.
Keasyikan penonton menari dan menyanyi dalam konsert pada malam tadi menyebabkan mereka hampir tidak sedar yang 90 minit masa sudah berlalu. Ramai yang masih tidak puas dengan persembahan yang diberikan Blige malam itu sehinggakan Blige yang mengucapkan selamat tinggal malam itu diminta untuk keluar oleh penonton.
Sorakkan "we want more" (kami mahu lagi) beberapa kali oleh peminatnya bagaimanapun tidak diendahkannya. Blige tetap tidak muncul dan penontonnya masih setia menunggu dan mengharapkannya kembali ke pentas. Malangnya Blige bukan mahu membuat gimik tetapi dia benar-benar pergi mengakhiri konsert malam itu. Penonton akhirnya akur dan terus beredar keluar dari dewan selepas semua kru konsert mengalihkan alat muzik dari pentas untuk berkemas.
Lagu-lagu lain yang disampaikan Blige malam itu antaranya, Just Fine, I am, I Am Going Down, Not Gone Cry, Everything, Good Women Down, All Night Long, Love Is All What We Need, Joy, Be Happy , Everyday It Rains dan beberapa lagu medley.
Konsert jelajah dunia 2010/11, Mary J Blige Music Saved My Lifeyang bermula 9.15 malam tadi telah berakhir pada jam 10.45 malam.Sebelum in, konsert jelajah tersebut telah bermula sejak Oktober tahun lalu dan Blige telah pun beraksi di beberapa negara seperti London, Japan, Australia dan New Zealand.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment