Ariel Tersenyum Dijatuhkan Hukuman Penjara


3 FEBRUARI 2011: Spekulasi mengenai kes video pronografi yang dilakukan oleh penyanyi popular dari seberang, Ariel Peterpan kini sudah terjawab.

Semua berkesudahan, selepas vokalis kumpulan Peterpan itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung, Isnin lalu.

Murai Batu dapat tahu hukuman itu dijatuhkan setelah Ariel didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku bersama-sama artis Luna Maya dan Cut Tari.

Malu atau tidak, Murai Batu dengar keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Baguslah kalau begitu, Murai Batu sebenarnya tak sabar nak tunggu kes ini selesai. Apa-apa pun, Ariel dikatakan memang bersalah selepas tiga orang hakim bersepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Murai Batu difahamkan juga, ketika pengumuman itu di buat, Ariel kelihatan tersenyum mendegar keputusan hakim, bagaikan dia telah menduga dan redha dengan keputusan yang dibacakan. Walaubagaimanapun Ariel telah diberi masa seminggu daripada hari perbicaraan untuk mengemukakan rayuan.

Dalam pada itu, Murai Batu tabik la dengan kekuatan cintanya dengan pelakon Luna Maya, apabila kekasih video pornonya itu ada bersama ketika hingga hari perbicaraan berkenaan dan sentiasa menemaninya untuk memberi semangat kepada Ariel.

Kes memalukan ini tercetus apabila pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit

Ariel dan Luna Maya tidak mengaku bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.

No comments:

Post a Comment